1.KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
Al-Ankabut : 2-3
2.KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Baqarah : 216
3.KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah : 286
4.RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
Al-Imran : 139
5.BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Al-Imran : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Al-Baqarah : 45
6.APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
At-Taubah : 111
7.KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
At-Taubah : 129
8.ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Yusuf : 12
***bersabarlah...semoga Allah membantu mu...
Sunday, August 22, 2010
Saturday, August 14, 2010
Friday, August 13, 2010
apa kata mereka???

Kata MAK....
KAWAN itu ibarat LEBAH..
Habis MADU sepah di BUANG..
Kata BAPAK....
KAWAN itu cantik umpama ROS..
Dipandang CANTIK dipegang SAKIT..
Kata ATUK....
KAWAN itu seperti AIR
Terus mengalir..
Kata NENEK....
KAWAN itu bak BULAN
Dipuja dan disanjung tapi nun jauh di SANA
Kata SAUDARA....
KAWAN itu macam MAKANAN
KAWAN makan KAWAN!!!
Kata ABANG....
Kawan itu seperti LEMBU..
Mengikut sahaja apa dikata..
Kata KAKAK....
KAWAN itu tak ubah macam DURIAN
BAU je busuk, tapi sedap diMAKAN
Kata ADIK....
KAWAN itu macam BISKUT
Sekejap ada, Sekejap TAK ADA..
Kata AKU....
KAWAN itu tidak kisahlah MACAMANA
Walau dia ibarat LEBAH,umpama BUNGA ROS, seperti AIR, bak BULAN, seperti LEMBU, tak ubah macam DURIAN, dan macam BISKUT!!!
Dia tetap KAWAN....
Tau tak sebab apa???
Sekali aku dah kawan dengan dia
Selamanya dia tetap KAWAN aku...
Itu cara aku berkawan...
Cuma adakalanya aku terpaksa berjauhan dengan mereka
Atas sebab-sebab tertentu...
Adakala KAWAN itu menyakiti aku
Adakala KAWAN itu menyengat aku seperti LEBAH
Adakala KAWAN itu sekejap ADA. sekejap macam BISKUT
Dan apa sekalipun...
Selama-lamanya dia tetap KAWAN aku....
(Istimewa untuk semua kawan-kawan aku yang sudi menjadi kawan aku)...... :-)
Monday, August 9, 2010
ibu bapa kerja...anak-anak???

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini apabila suami isteri bekerja. ada pula yang membuat perjanjian dengan bakal pasangan sebelum berkahwin untuk membenarkan mereka bekerja. ada juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjaga keluarga setelah berkahwin. fenomena ini telah menjadi satu kebiasaan. tidak kurang pula isteri bekerja suami pula menjaga keluarga. bekerja memang menjadi suatu keperluan untuk kelengkapan hidup. bila kerja mesti mahukan gaji.gaji pula untuk menyara keluarga. besar mana keperluan hidup kenalah gaji yang besar...betul ker begitu???
fenomena ibu bapa bekerja suatu kesan terhadap perkembangan anak-anak. bila cukup habis tempoh pantang ibu terus bekerja. sedangkan anak yang ditinggalkan dibiarkan dalam jagaan pembantu rumah atau di hantar ke rumah pengasuh. lebih menyedihkan apabila setelah ibu bekerja tiada langsung masa terhadap anak mereka.tidak dinafikan keperluan kepada wanita kini bekerja untuk membantu keluarga. tetapi jangan sampai anak-anak terabai. dibiarkan membesar tanpa belaian kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. naluri kanak-kanak sentiasa mahukan kasih sayang kedua ibu bapa mereka.
anak-anak yang terabai pasti mendatangkan kesan yang negatif terhadap diri anak-anak tersebut.anak adalah harta paling berharga dalam dunia ini.oleh itu ibu bapa perlu tahu corak didikan terhadap anak-anak mereka. jika dilihat pada hari ini golongan remaja adalah yang terlibat dengan gejala tidak disihat. kebanyakkan mereka tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada keluarga mereka sendiri. oleh itu mereka memilih cara hidup mereka sendiri dengan berkawan dengan rakan-rakan yang membawa mereka terhadap gejala sosial yang negatif. pengaruh rakan sebaya lebih kuat jika dibandingkan dengan pengaruh keluarga jika tidak dibendung pada peringkat awal.
tidak salah jika kedua ibu bapa bekerja. tetapi perhatian terhadap anak-anak tidak harus diabaikan semata-mata kerana mengejar harta duniawi. bukan kuantiti masa yang dipersolakan tetapi kualiti masa bersama anak-anak perlu dititik beratkan. perhatian yang diberikan terhadap anak-anak membuatkan anak-anak kurang mencari hiburan di luar apabila mereka berasa gembira bersama keluraga mereka sendiri.
ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk mereka memahami matlamat penciptaan mereka diatas muka bumi ini supaya menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman. siapa mereka, apa tujuan mereka diciptakan perlu diketauhui oleh anak-anak supaya mereka tidak lari dari landasan Islam.
walaupun ibu bapa bekerja, mereka harus menunjukan contoh yang terbaik kepada anak-anak. mereka perlu menjadi "uswatul hasanah" terhadap anak-anak. sebagai contoh, mereka tidak meninggalkan sembahyang walaupun bekerja. tidak membawa kesibukan bekerja di dalam rumah. role model yang baik menjadi contoh tauladan. anak-anak pasti menjadikan ibu bapa mereka role model mereka bukannya artis yang disanjung-sanjung seperti golongan remaja pada zaman kini jika ibu bapa mereka lah yang terbaik dari pandangan mata mereka.
penghayatan agama terhadap anak-anak harus diterapka dari mereka kecil lagi. pepatah melayu menyatakan melentur bulu biarlah daripada rebungnya. oleh itu pendidikan agama terhadap anak-anak tidak harus diabaikan. tidak dinafikan ramai ibu bapa yang menyatakan mereka telah memberikan didikan agama terhadap anak-anak mereka. tetapi mengapa masalah remaja kini masih tidak dapat dibendung??? pengamalan yang betul serta penghayatan yang berkesan patut diterapkan secara bertersuan dalam didikan anak-anak dirumah supaya jiwa mereka benar-benar berada dalam landasan yang sebenar.
kesimpulannya, perancangan keluarga harus dibuat dalam keadaan kesibukkan yang tiada penghujungnya. bekerja itu juga adalah satu ibadah. anak-anak juga adalah satu tanggungjawab yang tidak seharusnya diabaikan. jadilah ibu bapa yang boleh membanggakan anak-anak. doa anak-anak yang soleh yang dinantikan apabila ibubapa meninggal dunia.
Friday, December 11, 2009
mak oh ibu..

Bila seronok, aku cari.
...pasangankuBila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
tanpa ibu siapalah kita pada hari ini...
Monday, December 7, 2009
Sunday, December 6, 2009
jauh...
Subscribe to:
Posts (Atom)
