Thursday, September 9, 2010

syok raya...



alhamdulillah...setelah sebulan bersama bulan yg penuh barakah (ramadhan) akhirnya umat Islam seluruh seluruhnya menyambut 1 syawal dengan penuh rasa kegembiraan. mudah-mudahan ramadhan yg berlalu itu dapat membawa jiwa kita sentiasa untuk mengerjakan amalan-amalan yg mulia..
sememangnya persiapan raya ramai yang telah dilakukan seawal ramadhan..ada jua yang membuat persiapan sebelum ramadhan lagi.al maklumlah tak nak kelam kabut di saat-saat akhir.
tempahan baju..tempahan kuih, dan lain-lain lagi semua dirancang rapi untuk menikmat suasana raya yang pernuh kemeriahan...
tp......adakah itu satu kewajiban semasa hari raya...hari raya bukan lah perlu disambut dengan kemegahan walaupun ianya merupakan satu kemenangan kita mengawal hawa nafsu ketika di bulan ramadhan..cukuplah ianya di raikan dengan rasa kesyukuran kita kepada Allah. laungan takbir raya lebih patut diutamakan dsetelah bermulanya waktu magrib yakni pada malam raya daripada menonton telivesyen yang sememangnya setiapa kali menjelang perayaan akan menayangkan pelbagai cerita atau pun drama yang mengasyikkan mata penonton.
konsep ziarah menziarahi ketika pada hari raya harus dikakalkan. ziarah menziarahi sanak saudara serta rakan taulan adalah amalan yang mulia yang patut diambil berat ketika musim perayaan. ini akan menambahkan lagi hubungan kekeluargaan dan ukhwah sesama insan yang kian lama renggang dek kesibukan seharian. maaf bermaafan juga menjadi tradisi semasa hari raya. tak kira tua muda pasti mahu memohon maaf atas kekhilafan yang lalu.
syok nya raya akan di rasai muslimin dan muslimat apabila nikmat raya itu dapat dirasai dan dikongsi bersama insan yang tersayang. hargailah insan yang masih ada untuk kita beraya bersama mereka...akhir kata pada kali ini ...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EDUL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN..KULLUM AM WA ANTUM BIL KHAIR.....

Monday, September 6, 2010

ramadhan : selautan makanan





ramadhan kian meninggalkan kita...syawal pula kian di nanti kan...setelah 27 hari berlalu di bulan ramadhan ini...banyak tempat telah ku rasai utk berbuka puasa... diantara tempat yg pernah ku berada untuk berbuka puasa adalah masjid, blok kamsis sendiri, rumah, perkampungan orang asli, puri pujangga ukm, banyakkan..owh nikmatnya di rasai ketika itu... nikmat dapat mkan semua orang pasti seronok bila merasainya...
apa yg ingin ku berkongsi kali ini adalah nikmat makanan yang ada di dalam bulan puasa yg penuh berkat ini...jika kita tengok juadah yang di jual di bulan ramadhan...seperti martabak,ayam panggang, kuih muih, dan lain-lain lagi begitu merambangkan mata si pembeli...aduhai...rasanya semua nak di beli walaupun duit yg ada tak der lah banyak..begitu lah apabila nafsu makanan menguasai minda kita ketika melihat makanan. belum makan rasa semua nak makan, lepas makan...bila kenyang, makanan yang selebihnya bau pun dah x boleh hidu..ada jua yang sanggup membuang saja makanan itu sahaja. pembaziran sebegini haruslah dielakkan dalam diri kita..seharusnya kita makan dengan sekadar keperluan jasad kita sahaja. bukan menurut hawa nafsu kita..apabila perut sudah kenyang pastinya badan pula berasa malas, serta jiwa pula merasa berat untuk melakukan ibadah yang kebiasaannya dilakukan di bulan ramdhan ini seperti solat sunat tarawikh, membaca al-Quran,iktikaf dan lain-lain lagi. apalah salahnya apa sahaja makanan yg kita rasa ianya banyak kita berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. makanan itu tidak akan disia-siakan malahan akan mendapat pahala lepada pemberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. kita boleh ambil pengajaran daripada hadith ini untuk menggalakan kita memberi makan kepada org yang berpuasa yang bermaksud.Daripada Zaid bin Kalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, " Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan wala sedikitpun". oleh itu selamat beramal sementara masih ada waktu ini..

Monday, August 23, 2010

Nasyid Kanak-kanak (mengatasi godaan syaitan)

menjaga tepi kain orang



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Disebabkan kerana teruknya perbuatan mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah sekalipun pengumpat benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."

Namun kini budaya mengumpat menjadi kebiasaan sehinggakan tiada lagi terasa besarnya dosa mengumpat itu. Sabda Rasulullah S.A.W.: "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri."

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering." Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya."
Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Oleh sebab bahayanya mengumpat ini, lebih baik kita sentiasa berusaha agar menjaga setiap tutur kata kita dalam apa jua keadaan. Berfikirlah sebelum bercakap dan jangan hanya bercakap mengenai perkara yang tiada faedahnya. Jika terasa ingin mengumpat, berzikirlah ataupun muhasabah diri kembali daripada mengaibkan orang lain. Kita tiada hak mutlak untuk menghukum orang, kerana kita juga manusia sepertinya. Hanya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Wallahu’alam...

JAGALAH TUTUR KATA KITA SEHARIAN...LEBIH BAIK DIAM DARIPADA BERKATA YANG BUKAN-BUKAN DAN MEMBURUKKAN ORANG LAIN...
CERMIN-CERMIN DIRI...

Barakallahufikh... =)

Sunday, August 22, 2010

sampaikan salam mu....


hai......hello....hoi....
kata-kata ini sudah menjadai trend zaman sekarang untuk menegur sesama muslim...
bukan kah kita dianjurkan oleh Islam dengan perkataan yg indah iaitu "Assalamuaiakum warahmatullahhiwabarakatuh"...indah buakn..ayat yang terisi makna yang baik kepada si pemberi kepada penerima..yang merupakan satu doa kepada si penerimanya...mudaha-mudahan sentiasa beroleh keselamatan di dunia dan akhirat...
salam ini juga boleh mengubati hati yang sedang sakit...jika disampaikan salam itu kepada seseorang yang sedang marah..insyaAllah hati nya akan berkurang rasa marah itu apabila setelah salam itu di sulami dengan senyuman yang manis...
kenapa hari ini ungkapan salam ini kurang di gunakan dalam perbualan kita sesama muslim...lebih-lebih golongan yang tahu akan ucapan salam ini..mereka lebih suak menggunakan "hai" apabila menegur kawan-kawan mereka ataupun semasa berbual di telefon..walaupun salam itu wajib dijawab berbanding di berikan...tapi tak salah untuk kita sesama muslim memberi salam...mudahkan kita mendapat pahala dalam harian kita dengan hanya memberi salam....
PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera.

untukku sendiri...


Pesanan utk diri…
" Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita baca, bukan dari tumpukan naskhah yang kita hasilkan, bukan dari penatnya mulut dalam diskusi, tapi dari amal yang keluar dari setiap desah nafas kita." ( Ibnul Qoyyim Al- Jauziyah )


"Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan." (Ali Imran : 185)

renung-renungkan untuk muhasabah

1.KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
Al-Ankabut : 2-3


2.KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Baqarah : 216


3.KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah : 286


4.RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
Al-Imran : 139


5.BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Al-Imran : 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Al-Baqarah : 45


6.APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
At-Taubah : 111


7.KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
At-Taubah : 129


8.ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Yusuf : 12


***bersabarlah...semoga Allah membantu mu...