Wednesday, November 25, 2009

taw tak adab tidur???

ADAB TIDUR...

Tidur bagi seseorang Muslim itu adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya...
iaitu:
1)membersihkan badan daripada najis dan hadas bila hendak tidur: disunatkan mengambil wuduk sekali pun ia berada dalam keadaan hadas besar.

2)kedudukan badannya di waktu tidur menghadap ke qiblat seperti kedudukan mayat.

3)membaca doa-doa dan surah-surah yang tertentu sewaktu hendak tidur. Rasullah S.A.W antara lainnya apabila hendak tidur membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas dihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok keseluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. bacaan dan perbuatan ini diulang sebanyak 3 kali berturut-turut.

Apabila sedar daripada tidur di waktu pagi hendaklah melafazkan ucap syukur kepada Allah kerana Allah masih panjangkan umurnya untuk hidup.

No comments:

Post a Comment