Friday, December 11, 2009

mak oh ibu..


Bila seronok, aku cari.

...pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".



Berderai air mata jika kita mendengarnya........



Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....







Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

tanpa ibu siapalah kita pada hari ini...

Sunday, December 6, 2009

jauh...

"yang jauh kita dekat-dekatkan...
yang dekat kita mesra-mesrakan..."
seringkali kita mengungkapan madah itu...

jauh di sudut hati utk ku menghampakan yg dekat...
bukan aku tak mahu di dekati...
cukup kita sekadar teman...

bukan aku memandang yang jauh....
tp itulah yang sentiasa dekat di hati ini...

Friday, December 4, 2009

AKU RINDU MASA YANG BERLALU




(kenangan semasa lawatan ke parlimen dan dalam kelas)



sesekali bila termenung....
baru aku teringat...
oh! indahnya zaman persekolah....
masa cuti ku ini aku banyak mengimbau kembali
detik-detik bersama rakan-rakan masa zaman sekolah...
masa kena marah dgn cikgu...
zaman suka tido dlm kelas...
aduhaiiiii....
paling x boleh aku lupa...
masa f6 pun...
aku n rakan-rakan yang tak lulus bahasa arab...
kena rotan dgn ustaz...mahu x menangis...
menangis bukan sbb sakit..walaupun aku masih ingat aku kena 7kali...
tp sebab malu...dah f6 x patut aku kena...
aku patut buat yang terbaik...
ustaz pun kata "sy nak inilah kali pertama dan kali terakhir sy rotan awak".
sy pun angguk jer...berjurai air mata aku mengalir...
sejak dari itu aku berazam.. x mahu dah kena mcm tuh...
yaaaaahhh!!!
aku buktikan yg aku boleh...
mmg itulah kali pertama dan kali aku kena rotan masa f6 tuh...
kalu bab kena jemur,,,,
kami ramai pernah kena...
belajar masa f6...mmg perit..
tapi...
berbaloi2 rasanya bila dah berjaya masuk U...nak2 lagi bila masuk UKM...
impian ku utk belajar kesana tercapai...alhamdulillah...

Thursday, December 3, 2009

10 amalan menjaga otak



1. Mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan tinggi. Ini akan memberi bekalan nutrisi yang cukup pada otak dan menjadikannya aktif.

2. Makan tidak berlebihan
- Ia menenangkan pembuluh darah otak dan menambahkan kuasa mental otak.

3. Tidak merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Kurangkan gula
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Udara bersih
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Tidur tidak berlebihan
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Tidak menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Aktifkan otak dengan berimiginasi
- Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Banyakkan berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

renungkan...



Renungkanlah bersama-sama...........................

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan

berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak
yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu
bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang

membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...

ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x

tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi
walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah
ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang

berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar

bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya
masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran
itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera
dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

sekadar renungan bersama: berapa banyak kita

melupakan nikmat Allah, >hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati...wassalam.

ada beza ker




ini lah koleksi gambar aku dari umur aku 12tahun sampai 21tahun...
ada apa-apa perbezaan x...
huhuhu

Makna Sebuah Hadiah


Islam menganjurkan umatnya agar saling mendekati hati, saling bersaudara dan mencintai anatara satu sama lain. Antara cara yang disarankan ke arah keakraban itu adalah dengan memberikan hadiah. Amalan ini dikatakan mampu menghilangkan kabut hati, memadamkan api permusuhan menenangkan kemarahan, dan melenyapkan rasa iri hati dan dengki.

hadiah akan membawa kesan pendamaian, rasa cinta dan penghargaan daripada si pemberi kepada si penerima. disebabkan itu juga, Rasullah menganjurkan amalan memberi dan menerima hadiah kerana amalan ini adalah pengaruh tersendiri.

Baginda bersanda yang bermaksud,
"saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian saling mencintai."(sahih Muslim)


pesan baginda lagi,
"penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..."
(riwayat Ahmad dan Bukhari).

dalam suatu riwayat ada diceritakan bahawa salah satu hadiah yang tidak pernah ditolak Rasullah adalah wangi-wangian. malah Rasullah ada berpesan mengenai hal ini "sesiapa sahaja yang dihadiah 'raihan' (wangi-wangian), maka janganlah menolaknya sebab ianya ringan dibawa, namun sedap baunya." (riwayat Muslim).

pemberian hadiah hendaklah didahullukan kepada kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, dan suami isteri. selain itu boleh juga didahulukan orang dekat dihati kita. imam Bukhari ketika mengulas mengenai siapa yang lebih dahalu memberi hadiah, telah menengetengahkan dua hadis. Yang pertama, beliau menyarankan kepada si penanya agar mendahulukan pemberian hadiah kepada pak cik sebelah ibu dan dan kedua ketika ditanya padanya, mana antara dua jiran yang patut didahulukan, beliau menjawab, "yang paling dekat pintunya dengan kamu".

Wednesday, December 2, 2009

keluarga ku...



salam...
ramai yang masih tidak mengenali aku kan....
gambar kat atas tuh gambar keluarga aku...
alhamdulillah...
aku masih mempunyai kedua ibu bapa ku..
umi dan abah dua-dua cikgu...
sebelah kiri tuh akak ku...
nama dia nadhirah..kak ngah...cik nad pun boleh...
sebelah tuh abg long...
lepas tuh acier...adikku...yg kecik amar daniel...
nih gambar raya...dah lama dah masa aku form4...
seronok bila dapat bersama keluarga...
sebab kami jarang dapat berkumpul semua kecuali masa cuti @ raya...
mudah-mudahan keluarga aku ini sentiasa dalam rahmat Allah...
amin.....

Tuesday, December 1, 2009

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR....



Saat nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, di bilik yang dingin, dan dalam kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. setelah mata terbuka, persekitaran diamati. belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapat 1 kepastian. "oh, baru pukul 3 pagi."

dalam situasi seperti dia atas, apa yang akan anda lakukan????
di sini anda mempunyai beberapa pilihan...tanya iman anda dan buatlah pilihan yg bijak...

pilihan pertama...
kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyabung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "apsal la aku bangun awal sangat." terzahir sebuah kekesalan. kesal bangun awal???? Nauzubillah.

pilihan kedua..
"oh, baru pukul 3 pagi. waktu macam nih doa makbul. Ya Allah, ampun kan dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku... jadikan aku hamba yg mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagian dunia dan akhirat." kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'...

pilihan ketiga....
sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajut. sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuk saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah...


terjaga awl pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga sedanag tidur, bukan mengomel penuh kekesalan...
tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan...