Thursday, December 3, 2009

10 amalan menjaga otak



1. Mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan tinggi. Ini akan memberi bekalan nutrisi yang cukup pada otak dan menjadikannya aktif.

2. Makan tidak berlebihan
- Ia menenangkan pembuluh darah otak dan menambahkan kuasa mental otak.

3. Tidak merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Kurangkan gula
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Udara bersih
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Tidur tidak berlebihan
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Tidak menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Aktifkan otak dengan berimiginasi
- Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Banyakkan berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

No comments:

Post a Comment