Tuesday, December 1, 2009

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR....



Saat nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, di bilik yang dingin, dan dalam kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. setelah mata terbuka, persekitaran diamati. belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapat 1 kepastian. "oh, baru pukul 3 pagi."

dalam situasi seperti dia atas, apa yang akan anda lakukan????
di sini anda mempunyai beberapa pilihan...tanya iman anda dan buatlah pilihan yg bijak...

pilihan pertama...
kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyabung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "apsal la aku bangun awal sangat." terzahir sebuah kekesalan. kesal bangun awal???? Nauzubillah.

pilihan kedua..
"oh, baru pukul 3 pagi. waktu macam nih doa makbul. Ya Allah, ampun kan dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku... jadikan aku hamba yg mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagian dunia dan akhirat." kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'...

pilihan ketiga....
sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajut. sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuk saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah...


terjaga awl pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga sedanag tidur, bukan mengomel penuh kekesalan...
tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan...







No comments:

Post a Comment