Monday, August 9, 2010

ibu bapa kerja...anak-anak???


Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini apabila suami isteri bekerja. ada pula yang membuat perjanjian dengan bakal pasangan sebelum berkahwin untuk membenarkan mereka bekerja. ada juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjaga keluarga setelah berkahwin. fenomena ini telah menjadi satu kebiasaan. tidak kurang pula isteri bekerja suami pula menjaga keluarga. bekerja memang menjadi suatu keperluan untuk kelengkapan hidup. bila kerja mesti mahukan gaji.gaji pula untuk menyara keluarga. besar mana keperluan hidup kenalah gaji yang besar...betul ker begitu???

fenomena ibu bapa bekerja suatu kesan terhadap perkembangan anak-anak. bila cukup habis tempoh pantang ibu terus bekerja. sedangkan anak yang ditinggalkan dibiarkan dalam jagaan pembantu rumah atau di hantar ke rumah pengasuh. lebih menyedihkan apabila setelah ibu bekerja tiada langsung masa terhadap anak mereka.tidak dinafikan keperluan kepada wanita kini bekerja untuk membantu keluarga. tetapi jangan sampai anak-anak terabai. dibiarkan membesar tanpa belaian kasih sayang daripada ibu bapa sendiri. naluri kanak-kanak sentiasa mahukan kasih sayang kedua ibu bapa mereka.

anak-anak yang terabai pasti mendatangkan kesan yang negatif terhadap diri anak-anak tersebut.anak adalah harta paling berharga dalam dunia ini.oleh itu ibu bapa perlu tahu corak didikan terhadap anak-anak mereka. jika dilihat pada hari ini golongan remaja adalah yang terlibat dengan gejala tidak disihat. kebanyakkan mereka tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada keluarga mereka sendiri. oleh itu mereka memilih cara hidup mereka sendiri dengan berkawan dengan rakan-rakan yang membawa mereka terhadap gejala sosial yang negatif. pengaruh rakan sebaya lebih kuat jika dibandingkan dengan pengaruh keluarga jika tidak dibendung pada peringkat awal.

tidak salah jika kedua ibu bapa bekerja. tetapi perhatian terhadap anak-anak tidak harus diabaikan semata-mata kerana mengejar harta duniawi. bukan kuantiti masa yang dipersolakan tetapi kualiti masa bersama anak-anak perlu dititik beratkan. perhatian yang diberikan terhadap anak-anak membuatkan anak-anak kurang mencari hiburan di luar apabila mereka berasa gembira bersama keluraga mereka sendiri.

ibu bapa perlu membantu anak-anak untuk mereka memahami matlamat penciptaan mereka diatas muka bumi ini supaya menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman. siapa mereka, apa tujuan mereka diciptakan perlu diketauhui oleh anak-anak supaya mereka tidak lari dari landasan Islam.

walaupun ibu bapa bekerja, mereka harus menunjukan contoh yang terbaik kepada anak-anak. mereka perlu menjadi "uswatul hasanah" terhadap anak-anak. sebagai contoh, mereka tidak meninggalkan sembahyang walaupun bekerja. tidak membawa kesibukan bekerja di dalam rumah. role model yang baik menjadi contoh tauladan. anak-anak pasti menjadikan ibu bapa mereka role model mereka bukannya artis yang disanjung-sanjung seperti golongan remaja pada zaman kini jika ibu bapa mereka lah yang terbaik dari pandangan mata mereka.

penghayatan agama terhadap anak-anak harus diterapka dari mereka kecil lagi. pepatah melayu menyatakan melentur bulu biarlah daripada rebungnya. oleh itu pendidikan agama terhadap anak-anak tidak harus diabaikan. tidak dinafikan ramai ibu bapa yang menyatakan mereka telah memberikan didikan agama terhadap anak-anak mereka. tetapi mengapa masalah remaja kini masih tidak dapat dibendung??? pengamalan yang betul serta penghayatan yang berkesan patut diterapkan secara bertersuan dalam didikan anak-anak dirumah supaya jiwa mereka benar-benar berada dalam landasan yang sebenar.

kesimpulannya, perancangan keluarga harus dibuat dalam keadaan kesibukkan yang tiada penghujungnya. bekerja itu juga adalah satu ibadah. anak-anak juga adalah satu tanggungjawab yang tidak seharusnya diabaikan. jadilah ibu bapa yang boleh membanggakan anak-anak. doa anak-anak yang soleh yang dinantikan apabila ibubapa meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment