Monday, September 6, 2010

ramadhan : selautan makanan





ramadhan kian meninggalkan kita...syawal pula kian di nanti kan...setelah 27 hari berlalu di bulan ramadhan ini...banyak tempat telah ku rasai utk berbuka puasa... diantara tempat yg pernah ku berada untuk berbuka puasa adalah masjid, blok kamsis sendiri, rumah, perkampungan orang asli, puri pujangga ukm, banyakkan..owh nikmatnya di rasai ketika itu... nikmat dapat mkan semua orang pasti seronok bila merasainya...
apa yg ingin ku berkongsi kali ini adalah nikmat makanan yang ada di dalam bulan puasa yg penuh berkat ini...jika kita tengok juadah yang di jual di bulan ramadhan...seperti martabak,ayam panggang, kuih muih, dan lain-lain lagi begitu merambangkan mata si pembeli...aduhai...rasanya semua nak di beli walaupun duit yg ada tak der lah banyak..begitu lah apabila nafsu makanan menguasai minda kita ketika melihat makanan. belum makan rasa semua nak makan, lepas makan...bila kenyang, makanan yang selebihnya bau pun dah x boleh hidu..ada jua yang sanggup membuang saja makanan itu sahaja. pembaziran sebegini haruslah dielakkan dalam diri kita..seharusnya kita makan dengan sekadar keperluan jasad kita sahaja. bukan menurut hawa nafsu kita..apabila perut sudah kenyang pastinya badan pula berasa malas, serta jiwa pula merasa berat untuk melakukan ibadah yang kebiasaannya dilakukan di bulan ramdhan ini seperti solat sunat tarawikh, membaca al-Quran,iktikaf dan lain-lain lagi. apalah salahnya apa sahaja makanan yg kita rasa ianya banyak kita berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. makanan itu tidak akan disia-siakan malahan akan mendapat pahala lepada pemberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. kita boleh ambil pengajaran daripada hadith ini untuk menggalakan kita memberi makan kepada org yang berpuasa yang bermaksud.Daripada Zaid bin Kalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, " Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan wala sedikitpun". oleh itu selamat beramal sementara masih ada waktu ini..

No comments:

Post a Comment