Thursday, September 9, 2010

syok raya...



alhamdulillah...setelah sebulan bersama bulan yg penuh barakah (ramadhan) akhirnya umat Islam seluruh seluruhnya menyambut 1 syawal dengan penuh rasa kegembiraan. mudah-mudahan ramadhan yg berlalu itu dapat membawa jiwa kita sentiasa untuk mengerjakan amalan-amalan yg mulia..
sememangnya persiapan raya ramai yang telah dilakukan seawal ramadhan..ada jua yang membuat persiapan sebelum ramadhan lagi.al maklumlah tak nak kelam kabut di saat-saat akhir.
tempahan baju..tempahan kuih, dan lain-lain lagi semua dirancang rapi untuk menikmat suasana raya yang pernuh kemeriahan...
tp......adakah itu satu kewajiban semasa hari raya...hari raya bukan lah perlu disambut dengan kemegahan walaupun ianya merupakan satu kemenangan kita mengawal hawa nafsu ketika di bulan ramadhan..cukuplah ianya di raikan dengan rasa kesyukuran kita kepada Allah. laungan takbir raya lebih patut diutamakan dsetelah bermulanya waktu magrib yakni pada malam raya daripada menonton telivesyen yang sememangnya setiapa kali menjelang perayaan akan menayangkan pelbagai cerita atau pun drama yang mengasyikkan mata penonton.
konsep ziarah menziarahi ketika pada hari raya harus dikakalkan. ziarah menziarahi sanak saudara serta rakan taulan adalah amalan yang mulia yang patut diambil berat ketika musim perayaan. ini akan menambahkan lagi hubungan kekeluargaan dan ukhwah sesama insan yang kian lama renggang dek kesibukan seharian. maaf bermaafan juga menjadi tradisi semasa hari raya. tak kira tua muda pasti mahu memohon maaf atas kekhilafan yang lalu.
syok nya raya akan di rasai muslimin dan muslimat apabila nikmat raya itu dapat dirasai dan dikongsi bersama insan yang tersayang. hargailah insan yang masih ada untuk kita beraya bersama mereka...akhir kata pada kali ini ...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EDUL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN..KULLUM AM WA ANTUM BIL KHAIR.....

No comments:

Post a Comment