Tuesday, November 27, 2012

dan ketika ini

dan ketika ini....
aku masih di sini....
menanti hari untuk di sana...
 setahun sudah berlalu.... blog ini hampir bersarang....
bersarang kulat... hehhehe..
mmg terniat di hati mahu mencoretkan sesuatu.. tp..............
itu jer lah ygang mampu ku catatkan...

perjalanan seorang hamba ...
seorang insan...........
seorang manusia...
seorang??? serorang???
owh tidakkk..
aku masih berpunya..... alhamdullah
Allah bersama-sama ku
 kian lama memikir nasib... memikir diri sendiri....
haluan hidup.... aku mengerti .. inilah juga penjanaan iman dlm diri...
andai kita menyalah kan takdir... menyalah kan dan terus menyalahkan....
adakah kita tidak bersyukur nikmat segala pemberianNya???
percaya pada qada` dan Qadar itu adalah dlm rukun iman...
yaaaaaaaaaaaaaa... aku tahu akan itu... lalu aku patut mengimani nya...
Tuhan hanya memberi sekecil2 ujian...
apalah sgt diri ini mengeluh.....

ya Allah... ampunkan hamba Mu ini...
siapalah aku dipandangan MU........

Tuesday, December 20, 2011

TaDaH TanGaN

alhamdulillah kini hampir sebulan lebih aku telah berada alam pekerjaan... merasai manage diri sendiri dari aspek kewangan sendiri..
opsssssss......baru lah ku tahu..bukan mudah untuk menguruskan kewangan sendiri..tambahan pula, gaji diberikan berdasarkan mengikut gaji hari...kalau aku pergi kerja...adalah gaji..kalau x pergi alamak aiiii...tak kira lah gaji... kalau nak di bandingkan dengan masa zaman belajar dahulu alangkah indahnya..tidak pernah memkikrkan tentang masalah kewangan..mana ke tak nya..segala perbelanjaan pemebelajaran dan duit poket sepenuh ditangunggung oleh mak ayah sendiri....apa yang dirasakan diperlukan masa belajar hanya minta sahaja...bila rasa perlu just minta jer...dengan kata yang lebih mudah...aku hanya "TADAH TANGAN" SAHAJA.......hahaa...memang seronok.. aku tak menafikan itu semua...alangkah indahnya jika saat itu masih kecapi sekarang..sebab itu lah dalu aku rasa aku hanya nak belajar jer..x mahu kerja lagi selagi boleh....belajar dan terus belajar dan x perlu memikirkan soal mahu mencari pekerjaan...tapi bilamana banyak perkara yang aku belajar dari beberapa bulan berehat di rumah setelah tamat mendapatkan ijazah.. kini aku sedar.. aku perlu hidup di atas kaki sendiri..berpijak di bumi yang nyata...aku harus membuat berubahan dalam diri aku sendiri...aku perlu belajar bidikari.. keluar daripada kepompong keluarga..perlu belajar semuanya sendiri...tapi ini bukanlah bererti aku mengetepikan segala pertolongan daripada keluarga aku sendiri...selagi aku mampu menguruskan sediri...aku tak mengharapkan dari mereka...( ayat sedih lah plak)..dengan ini lah sekarang aku belajar erti hidup...lebih belajar dan akan terus belajar...aku yakin..aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri sendiri....SAYA BOLEH...SAYA BOLEH...SAYA BOLEH!!!!!!!!!!!

Monday, October 25, 2010

abadikan suatu kenangan...


erm....setelah letih study di saat2 final exam utk paper rabu ini...tetiba terasa begitu sekejap sahaja masa2 yg telah pun berlalu....zaman belajar daripada sekolah tadika hingga ke peringkat Universiti...tinggal 1 sem sahaja untuk ku dapatkan segulung ijazah...x mudahkan untuk semua itu...aku terpaksa merangkak, tatkala aku rebah kejatuhan dalam larian yang tiada penghujung..
daripada sekolah rendah lagi..aku masih ingat..aku bukan lah seorang yang pandai...yer lah...pandai membaca semasa darjah 2..agak lewat sudah ketika itu...berbanding kawan-kawan ku yang lain sudah pandai membaca pelbagai buku cerita...kenapa yer jd begitu...betul2 aku tidak ingat mcm mana aku boleh pandai membaca...sendiri pandaikah???haishhh x ingat2
zaman sekolah rendah klu kena penampar, kena rotan, cubit pukul daripada seorang guru tlg menjadi kebiasaan bagi ku...yer lah bdk2 x lari daripada sifat malas..tapi masa itu xpernah terlintas di hatiku untuk ponteng kelas apalagi untuk membuat perkara yang tidak bermoral...erm...masa nak UPSR...mcm2 lah persiapan yg dibuat sbb nak result yg baik...begitu cita2 ku tinggi sbb nak dapat result yg baik mcm kwn2 ku yg lain..tuisyen,seminar,latihan byk2,,adus,,,semualah buat bgai nak rak..tp apakan daya hanya itu yg termampu ku dapat dalm UPSR..so aku redha...
bila part nak masuk sekolah menengah..aku akui semuanya tlh family aku atur...di beri 2 pilihan utk sekolah.tp semua sekolah agama. 1 jauh sgt kat kelantan tp ada abg n akak.yg 1 lg kat kg...
masa tu mmg x nak sekolah agama...masa nak g interview mmg aku buat masalah klu nak pergi..kenapalah aku jd mcm tu yer...tp nak x nak aku tetap ke sekolah agama..
bermulalah episod kehidupan aku yg jauh dr keluarga..terpaksa belajar dalm byk pelajaran dalam seminggu...betul2 x boleh catch up..yer lah dulu sekolah blaja sikit.tp itu pun lingkup juga. ni kan nak blajar arab yg kena hafal..blaja akedemik biasa lagi..tapi bila duk sekolah yg kena blaja bahasa arab mmg x lari lah daripada kena denda...denda satu yg memalukan bg pelajar2 ketika sekolah itu...lama juga ku di perantauan 6 tahun sekolah di sana...memang betul2 banyak kenangan di cipta di sana...bersama teman-teman,cikgu2,ustz ustzah..kakitgn sekolah,warden yg penuh pelbagai gelagat yg terpaksa melayan penghuni asrama yg sememangnya byk masalah moral...setelah 6 tahun di kelantan, aku berhijrah utk kebaikan diri sendiri, mengorak langkah dalam mengejar impian utk ke menara gading...menukar gaya yg tersendiri..aku pasti dgn perhijrahan itu impian aku pasti tercapai..walaupun hati ini begitu kecewa,tatkala teman-teman lain sudah berada jauh di medan ilmuan masing2.begitu ku merasai jauh ketika ramai kwn2 ku belajar juah2 dan semua pandai2 dr ku...timbul perasaan...knp aku masih di sini sedangkan mereka tlh ke sana??? aku mengambil F6. Allah masih syangkan aku..aku masih bersekolah agama.walaupun ketika itu pilihan untuk tidak sekolah agama di beri pilihan. saat aku membuat keputusan, aku yakin semua itu ada hikmah.aku yakin dan redha dengan keputusan yg di buat.tp semua itu x semudah bicara..belajar dalam tangisan utk memastikan impian tercapai...akhirnya, berkat doa ku, abah, umi, family, tenaga pengajar,kwn2 aku berjaya menapakkan kaki ku di UKM..IPT yg menjadi impian destinasi ilmu ku kini..dan kini hampir 5 sem aku di sini..banyak aku belajar...kenal erti sebuah persahabatan, kenal erti sebuah pengorbanan, kenal erti itu ini...sgt2 bersyukur...nikmat ini harus ku bersyukur..kerana tidak semua orang merasainya...dan kini aku akan abadikan kenangan ku dlm mengejar impian ini...susah sebenarnya untuk kita berdiri dengan kukuh tanpa kita merasai apa itu sakitnya keperitan itu...terima kasih semua..terima kasih utk segalanya..doakan kejayaan dan redha Allah sentiasa mengiringi ku di dunia dan akhirat...abadikan apa yg tercipta dalam suatu kenangan..

Thursday, September 9, 2010

syok raya...



alhamdulillah...setelah sebulan bersama bulan yg penuh barakah (ramadhan) akhirnya umat Islam seluruh seluruhnya menyambut 1 syawal dengan penuh rasa kegembiraan. mudah-mudahan ramadhan yg berlalu itu dapat membawa jiwa kita sentiasa untuk mengerjakan amalan-amalan yg mulia..
sememangnya persiapan raya ramai yang telah dilakukan seawal ramadhan..ada jua yang membuat persiapan sebelum ramadhan lagi.al maklumlah tak nak kelam kabut di saat-saat akhir.
tempahan baju..tempahan kuih, dan lain-lain lagi semua dirancang rapi untuk menikmat suasana raya yang pernuh kemeriahan...
tp......adakah itu satu kewajiban semasa hari raya...hari raya bukan lah perlu disambut dengan kemegahan walaupun ianya merupakan satu kemenangan kita mengawal hawa nafsu ketika di bulan ramadhan..cukuplah ianya di raikan dengan rasa kesyukuran kita kepada Allah. laungan takbir raya lebih patut diutamakan dsetelah bermulanya waktu magrib yakni pada malam raya daripada menonton telivesyen yang sememangnya setiapa kali menjelang perayaan akan menayangkan pelbagai cerita atau pun drama yang mengasyikkan mata penonton.
konsep ziarah menziarahi ketika pada hari raya harus dikakalkan. ziarah menziarahi sanak saudara serta rakan taulan adalah amalan yang mulia yang patut diambil berat ketika musim perayaan. ini akan menambahkan lagi hubungan kekeluargaan dan ukhwah sesama insan yang kian lama renggang dek kesibukan seharian. maaf bermaafan juga menjadi tradisi semasa hari raya. tak kira tua muda pasti mahu memohon maaf atas kekhilafan yang lalu.
syok nya raya akan di rasai muslimin dan muslimat apabila nikmat raya itu dapat dirasai dan dikongsi bersama insan yang tersayang. hargailah insan yang masih ada untuk kita beraya bersama mereka...akhir kata pada kali ini ...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EDUL FITRI..MAAF ZAHIR BATIN..KULLUM AM WA ANTUM BIL KHAIR.....

Monday, September 6, 2010

ramadhan : selautan makanan





ramadhan kian meninggalkan kita...syawal pula kian di nanti kan...setelah 27 hari berlalu di bulan ramadhan ini...banyak tempat telah ku rasai utk berbuka puasa... diantara tempat yg pernah ku berada untuk berbuka puasa adalah masjid, blok kamsis sendiri, rumah, perkampungan orang asli, puri pujangga ukm, banyakkan..owh nikmatnya di rasai ketika itu... nikmat dapat mkan semua orang pasti seronok bila merasainya...
apa yg ingin ku berkongsi kali ini adalah nikmat makanan yang ada di dalam bulan puasa yg penuh berkat ini...jika kita tengok juadah yang di jual di bulan ramadhan...seperti martabak,ayam panggang, kuih muih, dan lain-lain lagi begitu merambangkan mata si pembeli...aduhai...rasanya semua nak di beli walaupun duit yg ada tak der lah banyak..begitu lah apabila nafsu makanan menguasai minda kita ketika melihat makanan. belum makan rasa semua nak makan, lepas makan...bila kenyang, makanan yang selebihnya bau pun dah x boleh hidu..ada jua yang sanggup membuang saja makanan itu sahaja. pembaziran sebegini haruslah dielakkan dalam diri kita..seharusnya kita makan dengan sekadar keperluan jasad kita sahaja. bukan menurut hawa nafsu kita..apabila perut sudah kenyang pastinya badan pula berasa malas, serta jiwa pula merasa berat untuk melakukan ibadah yang kebiasaannya dilakukan di bulan ramdhan ini seperti solat sunat tarawikh, membaca al-Quran,iktikaf dan lain-lain lagi. apalah salahnya apa sahaja makanan yg kita rasa ianya banyak kita berkongsi bersama rakan-rakan yang lain. makanan itu tidak akan disia-siakan malahan akan mendapat pahala lepada pemberi makanan kepada orang-orang yang berpuasa. kita boleh ambil pengajaran daripada hadith ini untuk menggalakan kita memberi makan kepada org yang berpuasa yang bermaksud.Daripada Zaid bin Kalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, " Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan wala sedikitpun". oleh itu selamat beramal sementara masih ada waktu ini..

Monday, August 23, 2010

Nasyid Kanak-kanak (mengatasi godaan syaitan)

menjaga tepi kain orang



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Disebabkan kerana teruknya perbuatan mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah sekalipun pengumpat benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."

Namun kini budaya mengumpat menjadi kebiasaan sehinggakan tiada lagi terasa besarnya dosa mengumpat itu. Sabda Rasulullah S.A.W.: "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri."

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering." Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya."
Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Oleh sebab bahayanya mengumpat ini, lebih baik kita sentiasa berusaha agar menjaga setiap tutur kata kita dalam apa jua keadaan. Berfikirlah sebelum bercakap dan jangan hanya bercakap mengenai perkara yang tiada faedahnya. Jika terasa ingin mengumpat, berzikirlah ataupun muhasabah diri kembali daripada mengaibkan orang lain. Kita tiada hak mutlak untuk menghukum orang, kerana kita juga manusia sepertinya. Hanya Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Wallahu’alam...

JAGALAH TUTUR KATA KITA SEHARIAN...LEBIH BAIK DIAM DARIPADA BERKATA YANG BUKAN-BUKAN DAN MEMBURUKKAN ORANG LAIN...
CERMIN-CERMIN DIRI...

Barakallahufikh... =)